Hello world!

Minggu lepas idea laman web ini bermain-main di kepala saya, pada awalnya saya mahu buat laman web yang membahas tentang berita-berita tempatan, sebab tu link saya bernama "Jnessnews", tidak lama selepas tu saya terus beli domain ni.

Saya dapat ilham untuk buat semua tu di awal cuti semester ( pertengahan bulan mei ), dan saya masih lagi burnout sebab ulang kaji last minute untuk paper sem ni (alhamdulillah lulus dengan pngk menurun). Strugle punya strugle tengok toturial akhirnya saya tidak teruskan projek awal Jnessnews. 

Disebabkan saya rasa bersalah sebab sudah membazir duit, saya pun fikir lah apa yang saya boleh buat dengan domain ni sambil tengok Youtube, saya nak something easy, something yang saya rasa enjoy dan boleh bagi manfaat untuk masa depan saya nanti. 

Cuba teka apa yang saya buat? uish baaaaaaaaaaanyak.

Buat game, video youtube, belajar kos yang saya ambil di uni ni, baca buku tu baca buku ni, belajar 3D modeling,buat lagu, melukis, programing, hayst banyak pula, serabut gila. Tapi semua saya stop pertengahan jalan... dan still unrelated tengan Jnessnews, sampailah masa cuti saya hampir habis sudah, baru saya dapat idea ni.

Saya ada banyak lagi nak cakap untuk post pertama projek74 saya ni, tapi saya rasa ini sudah cukup untuk sesi perkenalan...