Projek74
Projek74 adalah blog pribadi untuk saya meluah tentang diri saya, ini juga adalah projek pertama yang saya fikir selepas saya merasakan kehidupan saya terlalu private. Saya suka dengan gaya hidup saya yang private ni, tapi... menghampiri umur 22 tahun pada tahun 2025 saya mulai rasa menyesal tidak mengabadikan kenangan saya di platform sosial media, ada banyak faktor kenapa saya tidak berbuat demikian, tapi yang penting, saya malu untuk mula di platform tu dan solusi yang saya fikirkan untuk tujuan tu adalah buat laman web.
Saya tidak suka menulis, saya tidak mahir dalam menyusun ayat dan saya sedar tentang perkara ni, tapi saya dari dulu kagum dengan orang yang mampu menulis dengan baik, menyampaikan isi hati dan buah fikiran mereka melalui penulisan, ditambah pula saya adalah seseorang yang sangat senang terganggu dengan idea perfectionist membuatkan jangka masa untuk saya membuat sesuatu akan menjadi agak lama ( dan akhirnya give up separuh jalan ).
Oleh sebab itu, saya memberi kelonggaran kepada diri saya untuk menulis blog ini dengan ayat yang lebih santai dan broken.
Terima kasih kerana membaca...